CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

kami

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 1, 2012

doa

assalamualaikum..ini memang dah sangat lama gua x update blog ni..seriously gua sangat busy hari tu dengan final exam..gap setakat sehari n 2 hari camtu je..alhamdulillah, 24/01 ritu,total 16 exams untuk 2 papers telah dihabiskan..result jadi macam mana tu gua memang tawakkal lah kat Allah..rezeki masing2..


tanggal 22/01/2012 ritu, family gua telah menghantar rombongan merisik + meminang ke rumah miamor gua..alhamdulillah, event berlaku dengan jayanya..gua ucapkan terima kasih x terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini..kedua2 pihak, serta tetamu2 yang hadir..jasa kalian inshaallah gua akan cuba balas pada masa hadapan.orang berbudi, kita berbahasa..kalau kalian mahu apa2 pertolongan, gua akan cuba membantu..seriously gua rasa sangat terhutang budi, sebab gua kat sini memang macam bos..gua setakat calling2 family gua, bagi idea sana sini, update sana sini, tp gua x mampu memberi pertolongan dari segi kudrat, hanya dalam bentuk cetusan idea n minda yang gua mampu hulurkan.

sebenarnya banyak sangat benda berlaku n semuanya sangat pantas..stress gua terhadap exam ni boleh tahan lah jugak..lebih kurang 2 minggu sblm start 1st exam, gua call mak gua..

gua:   mak, stress la...nak cakap sket boleh?
mak:  ha..awat?nak tunang?
gua:   ....... (stakat angguk2..macam lah mak gua nampak kan)

power gila instinct seorang mak ni..gua  x sempat nak cerita apa, dia dah detect..alhamdulillah, mak n ayah gua pun x menghalang..mungkin sebab diorang paham stress gua..gua jarang stress n mengadu kat parents sepanjang tempoh gua belajar, sebab gua memang jenis x mau parents gua susah hati..gua amik pengajaran dari masa gua form 1 masa gua masuk asrama..waktu tu gua nanges2 tepi longkang nak balik lepas beberapa minggu sebab x seronok..n masa tu jugak la 1st time gua tengok mak gua nanges.lepas2 tu, gua janji x nak bagi dia nanges lagi...cuma ada sekali gua mengadu gua stress, masa exam pharma tahun 3..lepas jawab je paper 1 pharma, gua terus mesej ayah gua...lebih kurang macam ni la ayat dramatic dia "ayah, exam tadi susah..i'm sorry i failed you"..masa tu emosi gua memang gila x terkawal.sedih lahanat lah..ayah gua reply simple je yang membuatkan gua menangis dengan deraian air mata membasahi pipi.. "apa2 pun yang terjadi, farhan tetap anak ayah.."..~ok, meleret2 cerita gua.


kembali kepada topik..itulah, dalam2 banyak dugaan gua hadapi masa exam hari tu, stress dengan macam2 masalah la ape la, alhamdulillah semua dah selesai..Allah berfirman, 'sesungguhnya dalam kesulitan itu ada kesenangan'..sekarang semua orang hepi..gua hepi da abes exam n da jadi tunang orang..miamor gua?gua x tau..gua kena tanya dia la apa perasaan dia..kah3


tempoh pertunangan ni adalah tempoh ntuk kita berkenalan..yela, kita da cop barang tu, nak kenal2 dalam keadaan orang lain pun haram hukumnya ntuk kacau..so, dalam tempoh ni gua harap gua dapat kenal miamor gua lebih dalam  ntuk persediaan nak kahwin nanti..segala unsur2 yang mengganggu sepanjang tempoh ni gua harap gua dapat anggap sebagai watak picisan penambah rasa n perisa je la..n harapnya, dalam keadaan kitorang dah jadi tunangan orang ni, kitorang dapat jaga kitorang punya perangai n tatasusila..tahu batas2 bila berhubung dengan lain gender especially gua sendiri..lu orang doakan kitorang supaya istiqomah ya..


gua petik sket la isi2 dari ceramah ustaz don daniel bila orang persoalkan tentang ayat Quran 'lelaki baik ntuk wanita yang baik, lelaki jahat ntuk wanita jahat' sedangkan kita dapat lihat banyak gila kes penderaan dalam rumahtangga, sedangkan wanita tu baik gila taat solehah...dia cakap, dalam apa2 hal, 1st skali kita kena pegang ialah apa2 yang Allah cakap itu betul..so, stakat apa yang dia nampak, kesilapan dalam masyarakat kita berlaku dalam tempoh pertunangan..yela, bertunang grand gila macam nak kahwin..siap ada pelamin bagai kenduri besar2..so, bila da kenal hati budi pasangan walaupun tau banyak yang buruknya (kaki pukul, kaki botol, kaki perempuan, kaki jantan etc..), tetap jugak terpaksa kahwin..yela, dah lebih2 masa bertunang, kalau x jadi kahwin, malu lah kan dengan masyarakat plak kan..sedangkan matlamat pertunangan itu ialah ntuk berkenalan + cop siap2..gua syukur sangat2 bila tengok gamba pertunangan kitorang, simple n x lebih2 sangat..alhamdulillah


last but not least, gua harap, gua dpt tergolong dalam orang yang ada sifat mahmudah la..gua memang x mampu nak jadi orang yang baik gila macam lelaki acuan al-Quran,sekurang2nya dapat jadi orang yang sedang2 pun xpe dah..gua xnak jadi orang jahat..lu orang doakan lah gua n miamor gua ya..bukan setakat ke jinjang pelamin, tapi kitorang berdua bahagia bersatu sampai syurga..n 1 lagi, doakan gua lulus exam..lagi 2 minggu result kuar inshaallah..kalau result gua buat pasal macam2, abes lah planning gua ntuk setahun gua kena alter balik..banyak sangat planning tu..tapi apa2 pun yang terjadi, gua akan cuba belajar ntuk sabar.please kawan2, doakan gua lepas solat, tahajud ka lepas ngaji ka..thank you..

serba sedikit gambar pertunangan kami..~gua memang xde dalam gambar..rugi sungguh.. dah la katenye makanan pun sedap.lol

miamor gua n adik2nya..tiada dlm gamba: wafiq n hannan

gua harap boleh jadi menantu yang baik nanti.keh3

miamor gua dengan kakak gua(kiri) n adik gua (kanan)

miamor dengan mak2 sedara + pak sedara gua (jurucakap)-belah mak gua

makcik gua yang banyak berjasa kat gua -belah ayah

dengan mak n ayah gua serta umi n ayahnya

tenlings yang ada 7 sajor-lu orang memang rock

dengan adik gua..wakil pun jadi la..nak buat macam mana gua xde di tempat kejadian.

ok.ni je gua sempat upload.nak tengok banyak, pergi ke facebook lah ye..maaf kepada yang tiada dalam gambar, macam sedara mara gua, sedara mara miamor gua serta tetamu lain yang hadir..terima kasih kepada suppliers gambar..n again, terima kasih kepada yang hadir.salam

2 comments:

Anonymous said...

kjap2 gelak.kjap2 gelak.untunglaa dah jd tunangn org....

frieza_dayah said...

huhu