CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

kami

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, August 3, 2011

ramadhan terakhir

salam.ini mmg btol aku dah lama x update blog ni.miamor aku da perli2 dah.kah2..kali ni entry aku pasal bulan puasa lah..biasa kalau tajuk2 macam ni, biasa orang tulis dekat2 hujung ramadhan..sebab risau kematian menjemput sebelum datangnya ramadhan tahun depan..aku tulis awal2 ni, sebab aku macam sedih la jugak mengenangkan ini ramadhan terakhir aku kt bumi mesir ni..sepanjang 6 tahun aku kat mesir, ini adalah kali ketiga  aku puasa kat sini..mula2 masa tahun 2005, baru sampai ke mesir nak masuk 1st year...2nd time masa 2006 nak masuk tahun 2..lepas2 tu, aku x pernah lagi dah puasa kat mesir ni..

Puasa kali ni, yang tinggal kat rumah aku ni just aku & haikal.budak2 rumah aku si waroukacak, farid n tuan akmal semua balik bercuti kat malaysia..waroukacak balik sebab nak mendirikan masjid dengan wanita idaman beliau, cikguD..x dapat lah aku nak menghadiri kenduri mereka..xpelah..nak buat macam mana, dah memang aku plan xnak balik malaysia ni lagi awal dari diorang plan nak kahwin..ok, dah 2 hari puasa ni, sangat2 mencabar jugak lah..sebab ni rasanya 1st time dalam aku 6 tahun kat sini, aku berpuasa dalam cuaca panas terik macam ni..bulan 7-8 macam ni, panas dia memang celaka sikit..

kitorang sahur abes pukul 3stengah pagi lebih kurang, lepas tu nak tunggu berbuka, pukul 7 malam ha..lama gila kot..dekat2 nak 16 jam..kalau kat malaysia, pukul 6pagi habis sahur, buka puasa dalam pukul 7setengah malam..dalam 13jam lebih..so, disebabkan sangat panjang waktu siang, aku menggunakan kebanyakan waktu siang untuk tidur lah..kah3..malam2 baru hidup dan berjaga..cuaca dah la panas..aku siap on aku punya kipas atas, kipas kecik bawah + air cooler kt dalam bilik aku + biarkan pintu bilik aku terbuka..kalau x, bilik aku ni da jadi natural sauna lah..berpeluh2 aku kat dalam ni..x payah pergi work out kt gym, main bola bagai dah..

study aku beberapa hari ni x berjalan lagi pun..haikal pun mengadu jugak dia still x study..tapi aku bagi jawapan +ve thinking sket la..''ni namanya adaptation kal..nanti lama2 biasa lah tu''..lagipun baru je habis kelas pengajian tahun 6 secara official, & baru je masuk bulan puasa kan..relax2 dulu, coolkan minda & badan..inshaAllah lepas ni boleh kembali bergiat lah kan..waktu aku tulis entry ni,study leave untuk exam final aku untuk dapat MBBCh ada lagi 4 bulan tepat..x tau lah aku mampu untuk habiskan study segala benda bertimbun2 ni secara total.moga2 dipermudah segala urusan aku..doa banyak2 bulan ramadhan yang mulia ni..oh, btw aku punya dars still berjalan..revision untuk subjek internal medicine..duduk dalam kelas yang packed gila, penat xde air dehydrated bagai..wahh..

bulan puasa ni, aku on jugak la Ym aku kot2 dapat tazkirah free dari siapa2..sebelum2 ni, aku sangat jarang on Ym..bila aku on Ym, bukannya aku dpt tazkirah free, tapi budak2 batch aku ni ha yang tegur, tanya aku tengah study ke buat apa..adoila..xde benda lain ke budak2 ni nak tanya..ish2..rimas ok...2 hari puasa, semalam haikal masak, harini aku masak..bergilir2 lah kitorang memasak..aih..teringat bazar & menu2 kat malaysia..stiap kali makan, aku ngan haikal asyik sebut2 je makanan2 kat malaysia..tragis sungguh.rasa nak makan kerabu perut cicah ayaq asam..waaa.kadang tu rasa nak balik malaysia pun ada..aku berat kepada stay mesir, haikal plak x pasti lagi nak balik ke x..kalau dah berat sangat ke arah balik, balik je lah haikal..boleh je kalau nak pergi 'maidah rahman'..~kira mcm org sedekah jamu makanan camtu2 la kat area2 sini..kalau kat malaysia, biasa ada kat masjid2 kan?tapi xpelah, nak rasa makanan masakan sendiri dulu.

terawih aku pun cukup2 8 je buat tiap malam..kah2..asyik lepak depan laptop memang lah berat sikit nk isi masa dengan ibadah..rugi weh macam ni..ramadhan datang setahun sekali, isi lah masa dengan perkara berfaedah..malam terawih, tilawah..siang2 puasa, hayati sikit Quran tu.~pesanan ntuk diri sendiri..ganjaran Allah bagi berganda2..puasa, nafsu pun kurang sikit, kan lagi molek kiranya ibadah lain pun ditingkatkan.teringat tazkirah sorang kawan, ''puasa ni ibadah ntuk Allah..Allah sendiri akan bagi ganjaran..kalau ibadah lain, memang ntuk manusia tu sendiri''..

ok, tutup bab ramadhan kat mesir ni..baru2 ni, aku, haikal, apest, iwan & mamat pergi jumpa dengan pegawai Jpa..ingatkan nak makan2..~ni sehari sebelum bulan puasa.sampai2 kt pejabat beliau, kitorang bergosip pasal isu hangat yang tengah berlaku kat mesir ni..isu politik malaysia yang terbawak sampai ke mesir..adoi..dalam dok borak tu, pegawai Jpa (encik hazam) ni dapat panggilan dari hospital..khabar yang mengesahkan student tahun 2 cairo U, fatin fasihah meninggal dunia..Innalillahi wainna ilaihi rajiun..dekat2 bulan puasa arwah pergi..aku x kenal pun budak ni, tapi ada rasa sedih & insaf jugak la dalam diri..muda2 lagi Allah dah panggil..beliau koma lama jugak..nak cerita pasal penyakit beliau panjang sangat..so, aku kat mesir ni da berjumpa dengan 3 kematian pelajar medic..kitorang x jadi lah nak makan2 ngan encik hazam sebab beliau nk bergegas ke hospital..~beliau macam bengang jugak sebab pihak hospital lambat bitau berita ni kat beliau..meninggal 3pagi lagi, tapi sampai kat beliau pukul 3petang.

lepas tu, kitorang pergi makan sendiri2 sebab dah lapar sangat, & kemudiannya aku ngan haikal terus nak pegi bayar bil internet..kitorang dah slowkan speed internet dari 2mb/sec kpd 1mb/sec..gila apa guna tenet laju2 untuk 2 orang..masa nak pergi bayar bil tu, kebetulan baru lepas azan..tiba2 ada beberapa budak arab baling2 batu kat kitorang..aku bengang sungguh la..''aih, da azan maghrib, masuk ramadhan pun ada jugak ye saitan dok hasut budak2 ni..ke memang diorang ni saitan?''..geram la..x tau lah kot diorang yang anggap aku ni saitan sampai nak melontar jamrah kat tengah2 alam tu..OH, & AKU BARU TAHU ADA KHIDMAT FAWRY NTUK BAYAR BIL INTERNET..KALAU AWAL TAHU, XDE LA AKU NAK SUSAH2 PERGI BANK ATAUPUN CENTER DIA YANG SANGAT JAUH NAK BAYAR BIL..SETAKAT PERGI BAYAR DEKAT KEDAI TEPI JALAN JE.ARGHH..KNAPE AKU BARU TAHU?zzz..

ok2..cukup untuk entry kali ni.nanti bila2 aku nak cerita sikit pasal celaka perangai arab2 mesir ni.dah 6 tahun, x sabar2 aku nak balik..malas lagi nak layan perangai2 hudoh ni..aku sertakan sikit doa untuk kita sepanjang ramadhan ni, moga terampun segala dosa..“Allah humma innaka ‘afuuwwun karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni...jangan lupa berdoa masa terawih ye kawan2..wassalam.

buka puasa dengan ustaz yus?gila apa muka 1st year..2005

kami berterawih di masjid al-azhar..2005

berterawih di masjid amru..masjid pertama di mesir..dibina amru al-as..malam 27 ni aku nanges2 tahan sakit lutut qunut sejam..lol..2005

9 comments:

Muhammad Warouq bin Qamar said...

sori la tak dapat nak teman hgpa puasa tahun ni. tapi aku bekesempatan la merasa hidup bertiga dalam satu rumah. dapat tengok muka hg dengan haikal berpeluh-peluh, lecak-lecak. kah2. rumah tu eloknya jadikan pusat rekreasi awam la daripada jadi rumah kediaman. untuk orang gemok elok la senang kurus (tp masalahnya penduduknya semua nipis2 bq hg)

selamat berpuasa la untuk hg ngan hekal. bila nak ghaya tah..lol

Anonymous said...

aku pn terpk jgk nk post kt status fb tadi pasai bila nk ghaya..kah2..adoi, baru 2 hari rupanya..

lipas umah ni mmg x bleh diajar..lepas sehari, beranak pinak mcm hape..da 4 botol baygon dah habis hoi..ni aku dok taip2 pn dia bleh mai dok melata atas lengan aku..kuanghaja bukan?

-MFS

Learner said...

LOL ke atas gambar-gambar itu.

Nanti aku nak try berziarah kat ruma korang pulak.
Melihat korang study sambil berpeluh2 dalam keadaan berpuasa. Pasti best.

Posa kat abbasia seriyes bosan. Inipun aku mengomen dari Munirah. Aku dengan apest melepak cni.

Jomla bila2 kita buka posa cara mewah skit. Yang penting, bak kata bulat-bulat, KEBERSAMAAN tu ada

Cik Mas said...

cuba tulih dalam tulisan jawi skek doa tu :)

jumb0 Gem0k said...

kami di malaysia cuma mendoakan anda yg tidak pulang ke tanah air pada tahun ini mendapat kenikmatan yang melimpah ruah sepanjang ramadhan dan syawal ini...hargailah saat2 terakhir berramadhan di bumi anbia' itu sepuasnya dan berikanlah sepenuh tumpuan, usaha dan tenaga untuk melakukan ibadah2 wajib dgn ikhlas n khusyuk hendaknya..mudah2an anda istiqamah juga dlm mlakukn ibadah2 sunat serta study2 anda.amin...

Muhammad Warouq bin Qamar said...

perh caya la ustazah anis punya tazkirah. aku terasa meresap dalam jiwa.

Amermeftah said...

OMG! ini blog paan ke? OMG! lailatul qadar?

jumb0 Gem0k said...

warouq...betol2 sket wrq..haha

amermeftah,ni belog paan dan saya?erk.kolebrasi cmtu...slmt singgah..=)

rem said...

haha sengal..ingatkan nangis2 sebab menghayati doa qunut, rupa2nya sebab sakit lutut..erm tapi memang lama gila pon, qunut je sejam..nanti kalau bebila nak p masjid yg besar2 bagitahu la..bole mintak jd musref..keh2..